AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.
setelah mendapatkan beberapa buku yang aku inginkan di kedai buku Daarut Tauzi’, aku menaiki bas pulang ke rumah sewaku di Hay El Asher, kawasan paling banyak didiami oleh mahasiswa dari Asia Tenggara di bumi Anbiya’ ini. Ketika bas melewati pasar Sayyeda Zainab, semakin ramai penumpang menaiki bas. Ruangan dalam bas yang sedia sempit tambah berhawa dan merimaskan. Peluh yang bergeluyutan* di dahi segera kuseka dengan tuala kecil yang sentiasa kubawa dalam poket seluar.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Alia masih setia berada di sisi kubur ibubapanya,Abang dan kakaknya pulang awal pagi itu. Setiap pagi raya dia dan adik-beradiknya yang lain sudah menjadi kebiasaan untuk melawat pusara kedua ibu bapanya. Bukan tidak selalu melawat pusara ibubapanya,tetapi hari ini dia berasa perasaan yang cukup berlainan. Dia terlalu rindu pada kedua ibubapanya,terlalu rindu sehinggakan dirinya merintih pada Illahi.
Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.
“SEKOLAH sangat bangga kerana berjaya melahirkan seorang bintang kecil, yang sekali lagi telah menjuarai Pertandingan Suara Emas peringkat negeri. Tepukan gemuruh untuk adik Siti Aisyah binti Kamarudin, pelajar Darjah 5 Kenanga, penerima Anugerah Khas Sekolah untuk tahun ini!” Read the rest of this entry »
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Read the rest of this entry »
“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,” kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku. “Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku. Read the rest of this entry »
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
“Mengapa engkau menangis?”
Read the rest of this entry »


Recent Comments