Rakan Surau adalah satu badan yang ditubuhkan bagi menjalankan kegiatan-kegiatan menyebarkan dakwah di kalangan warga SMK Padang Midin terutamanya dalam kalangan pelajar. Rakan Surau disertai oleh guru dan pelajar dan diharap hasil daripada kerjasama ini, matlamat utama Rakan Surau untuk menyuburkan lagi rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Matlamat Dakwah

Mengenal pasti matlamat dakwah merupakan persoalan yang penting. tanpa mengetahui matlamat dakwah dengan jelas, setiap dakwah itu tidak akan dapat berjalan dengan baik dan akan merugikan. Setiap orang Islam khususnya pendakwah mesti mengetahui sejelas-jelasnya ke manakah matlamat dakwah yang hendak dituju dan peringkat-peringkatnya. Untuk mengetahui matlamat dakwah, persoalan pertama yang harus dipecahkan ialah untuk apa manusia dicipta di muka bumi ini?

Dakwah bukan hanya sekadar mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juzi seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada Sunnah Rasulullah. Tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah dan memperjuangkannya sebagai ad-Din yang syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sitem Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai kepada objektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Alah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-Dakwah dengan cara yang betul dan bersugguh-sungguh. InsyaAlah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredhaan Allah s.w.t

Asas-asas dan Rukun Dakwah

Asas dakwah dikenali sebagai prinsip yang dijadkan sebagai suatu ilmu baru yang mempunyai identitinya sendiri dan dapat memanfaatkan di zaman moden ini. Dr. Ahmad Ghalwash mengatakan bahawa dakwah mempunyai tiga asas utama iaitu Aqidah, syariah dan Akhlak. Aqidah ialah inti atau hakikat sebenar kepada dakwah kerana aqidah merupakan satu-satunya yang dapat menghubungkan seseorang hamba dengan tuhannya. Tidak ada hubungan lain yang dapat menghubungkan hamba dan tuhanNYa. Seseorang pendakwah adalah dituntut supaya kehidupan dan akhlaknya mencerminkan aqidahnya. Dengan kata lain ia hendaklah melaksanakan segala tuntutan aqidah kerananya ianya adalah dianggap sebagai asas kedua yang mesti ada demi untuk kejayaan dakwah dan kejayaan pendakwah.

Syariah bererti jalan yang digariskan untuk dijalani di atasnya dan apa yang dimaksudkan dengannya ialah kewajipan yang zahir yang dilaksanakan anggota-anggota. Syariah merupakan manhaj yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umat manusia. Syariat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t ialah yang mengatur sistem hidup manusia, syariat yang melengkapi seluruh urusan hidup manusia, yang melengkapi sistem pemerintahan, ekonomi dan sebagainya. Asas yang terakhir ialah akhlak. Dalam menyampaikan dakwah dan untuk menarik perhatian orang terhadap Islam ialah memberi contoh yang baik melalui perbuatanterpuji, sifat dan akhlaknya yang mulia yang menjadikan suri teladan bagi agama lain. Agama Islam tersebar di sebahagian daerah ini kerana akhlak yang baik dari kaum muslimin yang memberikan kesan kepada orang yang bukan Islam dan dapat menarik mereka memeluk Islam.

Manakala rukun dakwah pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai’, al-Mad’uu al-dakwah, al-maudhu’ al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau berbentuk kumpulan. Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah melaksanakan kewajian berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat mereka yang telah digariskan sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan yang mendalam, niat yang khlas, baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban. Contohnya seorang endakwah mestilah mempunyai keilmuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu lain yang boleh membantu terhadap penyebarab dakwah yang efektif. Mereka juga mesti mempunyai niat yang ikhlas, berakhlak mulia dan mempunyai daya semangat juag yang tinggi sebagaimana yang telah ditunujukkan oleh para nabi dan rasul khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-Mad’uu iaitu sasaran atau penerima dakwah. Penerima dakwah pula terbahagi kepada sasaran yang bukan Islam dan yang Islam itu sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya kepada yang bukan Islam sahaja atau yang Islam sahaja tetapi kedua-duanya sekali kerana matlamat berdakwah adalah untuk menyampaikan kebnaran dan mnegajak manusia ke arah melakukan kebaikan dan menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu’ ialah apa yang didakwahkan kepada sasaran dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai objek atau topik dakwah. Maudhu’ yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah, syariah dan akhlak atau seumpamanya yag dapat mendekatkan diri penerima dakwah kepada Allah.

Uslub al-dakwah merupakan teknik atau cara erdakwah. Ia merupakan cara, kaedah atau lebih dikenali metod dalam penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi perkara-perkara seperti melakukan secara berperinglat-peringkat, dengana penuh hikmah dan baik serta pelbagai cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah Nabawiyah yang harus dijadikan pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan asas melaksanakan dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh Rasulalah s.a.w khususnya dakwah secara sulit ataupun secara terang- terangan. Manakala wasilah dakwah pula merupakan alat atau media yang digunakan dalam menjalankan proses penyampaian dakwah. Wasilah yang dimaksudkan termasuklah dengan media cetak atau melalui media elektronik seperti television, radio, internet dan sebagainya.